Saturday 15 December 2012

#hajat gua

test test satu dua tiga.

salam sejahtera.
Peh, (belum apa2, dah peh). Lama gila blog kelas ni tak update. Jadi disebabkan kerajinan, aku update (lap2 sawang labah-labah, sarang ular dan macam lagi)

Sebelum aku merepek lebih banyak lagi, sebenarnya ya, saya mau nyampain sesuatu. Iya si, sekarangkan bulan 12 sudah, nggak lama lagi masuk tahun baru ya. Kamu tau2 aja, setiap bulannya mesti ada peristiwa yang penting berlaku..mesti ada, wajib walaupun satu(tetiba tukar jadi channel indon =,=) titik.

Eh, tukar  bahasa melayu la. Okay okay, sekarang gua serius.

Ni haa, aku cakap terus terang je, aku nak wish, ucap, selamat, happy birthday kepada tiga orang, ya tiga, bukan dua. Tapi tiga, yang lahir bulan 12. Kesian korang 3 sebab lahir hujung tahun, selalu orang lupa tappii... aku ingat. HAHAHA, hebat tak?:P

selamat hari lahir sekali lagi, yang dah bday ke, belum ke.. hepi bday ya.
semoga mencapai apa yang dihajati, sihat sejahtera, hepi2 selalu, korang baru 20, org len lama dah, cian.


ni ha tiga orang tuuuuuu 

amin, christy, nong

dah dah, jangan buat terharu plak. Banyak kenangan ngan korang tiga ni, tiga2 lain perangai but best buat kawan. ecece.. tu je la. tak tau buat ayat apa lagi. Aku undur diri dulu,chow~


p/s: post ni dibuat utk 3 org sekali sbb x ingat bday yg 2 org tu.=,= sapa suruh x letak kat fb, Jangan marah ye kawan.hehe

p/s/s: nong esok, 16 kan?hoho





Wednesday 30 May 2012

Seloka Untuk Semester Satu Degree :D


Selamat sejahtera pembuka bicara,
Pengikat ukhuwah sesama kita,
Jangan marah classmate semua,
Ini hanya pantun jenaka.

Terkejut, tertawa, terjuling matanya,
Membelek-belek pantun kelas kita,
Tertanya-tanya siapakah pembuatnya,
Entah la kan, dari kelas kita juga. ^_^


Puan Adilah tutor kelas kami,
Subjek matematik itulah diajari,
Setiap masalah yang kami hadapi.
Pasti diselesaikan walau rumit sekali.

Oranganya tinggi macho lagaknya,
Diam-diam banyak strateginya,
Pi 115 nombor biliknya,
Wan Muhammad Nadzri idola setiap wanita.

Firuz Izati tegas orangnya,
Tertib tingkahnya bila berjalan,
Bila ketawa bergegarlah dunia,
Bila marah diganggu jangan.

Suka menyakat dah memang hobinya,
Tak kira siapa ada saja dikacaunya,
Biarpun nakal tetapi baik hatinya,
Syed Maollana bukan sembarang orangnya.

Suka ketawa dah memang hobinya,
Nampak ceria tak kira di mana,
Sebelah cermin tempat kerusi mejanya,
Ain Hazirah comel orangnya.

Berambut pacak setiap masa,
Berbadan sasah dan baik hati,
Bab sukan tanyalah dia,
Siapa tak kenal Christy Reza macho lagi.

Manis-manis duduk bersimpuh,
Sepatah berkata berdegup jantung,
Jejaka melihat pasti terjatuh,
Siti Sarah bagaikan patung.

Berbadan sederhana tampan orangnya,
Bab pelajaran buat selamba,
Keluar result gempaklah pula,
Muhammad Shafiq mudah mesra.

Ini pula kisah seorang puteri,
Berwajah ayu molek sekali,
Menambat hati ramai lelaki,
Fadhilah Sulaiman nama diberi.

Diam-diam ubi berisi,
Sikap pendiam sukar diduga,
Walau senyap ber 'iq' tinggi,
Azrul Dzulkarnain maintain sahaja.

Maleewan puteri kayangan,
Kalau berjalan perlahan-lahan,
Mempunyai paras rupa yang menawan,
Tetapi berwaspada bila berkawan.

Duduk di kelas barisan belakang,
suka study senantiasa,
Nampak pendiam tak la juga,
Adrian Martin gitaris orangnya.

Bila tersenyum tersipu-sipu,
Bila bercerita nombor satu,
Izni Kamilah suka membantu,
Biar tepat pada tempat dan waktu.

Kudat asal tempat tinggalnya,
Datang ke mari menuntuk ilmu katanya,
Aslam Shamm nama FB nya,
Menjadi driver itulah kerjanya.

Ini dia diperkenalkan,
Seorang gadis juga sarawakian,
Alicia June nama panggilan,
Subjek BI menjadi kesukaan.

Berkaca mata bukannya buta,
Hanya rabun kedua-dua belah..hehe
Saudara Zahiri bagaikan wira,
Berwajah veteran tetapi hati cute.

Sifat pemalu sifat dirinya,
Kalau ditegur senyum sahaja,
Zurin Shena manis orangnya,
Pasal durian tanyalah dia.

Lucu orangnya dan baik hati,
Kalaulah marah jarang sekali,
Duduk di tepi seorang diri,
Lemada Selat nama diberi.

Kak Bie nama panggilannya,
Sylvia Langie nama full nya,
Orang ketawa dia buat 'de' saja,
Tak tahu apa difikirkannya.

Bila berkata semua ketawa,
Entah ilmu apa yang digunanya,
Sekejap serious sekejap gila,
Ak Hamizan itulah orangnya.

Nong Nit nama siamnya,
Top 3 dalam exam dah biasa baginya,
Suaranya halus ayu sifatnya,
Menjadi guru itulah cita-citanya.

Muhamad Nur Amin mejanya di tengah,
Ada bakat menjadi pengecara,
Bila menjawab bicaranya petah,
Siapa tak kenal maka tak cinta.

Tamatlah sudah pantun direka,
21 orang pelbagai kisah,
Sebagai tatapan untuk bersuka,
Penyeri lembaran blog kita.

Hepi Holiday. (-,-")

Sunday 29 April 2012

life


Dalam hidup ni,

1.Kita perlu menghargai apa yang orang lain buat.Jangan terlalu tidak percaya apa yang orang lain buat.

Contoh: Bila orang dah melakukan sesuatu dengan tekun dan kita ubah sehingga tiada langsung nilai hasil kerja individu.Nak tanya,apa perasaan korang bila orang tak terima kerja kita dan diubah ?

2. Sebagai insan biasa, ada sesetengah tidaklah secepat dan "perfect" melakukan setiap pekerjaan.Terima dan bersabar boleh dak? Jangan ikut kepala kita saja. Maybe one day,korang akan rasa betapa hebat orang yang lemah2 ni.And ada masa korang akan mintak pertolongan ngan insan2 ni.

3. Bila tengok hasil kerja orang jangan banyak komen tapi last2 kita tiru apa kes ?

4. Hidup berkomuniti jangan nak ikut perasaan marah kita je.Hidup muda kena cool selalu. Nak jadi cikgu kena ceria selalu beb. Lama2 duk sini kau asyek emo2 je ,lama2 hidup boleh sorang2.

5.Satu lagi,dalam hidup berkomuniti.Jangan suka buat kerja sorang2. Bagitau orang lain kerja yang patut dibuat,lagi2 kau ketua.Contohnya lah.Dan jangan bagitau pulak kat orang lain ,kau buat kerja sorang2 and yang lain tak buat kerja even yang lain dah siap2 bertanya nak buat kerja apa .Salah siapa sekarang?


Sources : student punya blog

Kita nak wujudkan persefahaman jangan nak ikut kepala kita saja. jangan nak terlampau menilai perkerjaan orang lain. Kita kena faham akan situasi orang lain.Contoh : Hidup kau tak lah bz mana pun,tapi orang lain ada komitmen yang lebih tinggi boleh je hidup happy and less stress. Cuba korang pegang komitmen dieorang rasa sendiri bru korang faham. Dan mesti korang cakap, "kita boleh je tolak" ataupun "Sapa suruh sibuk2 nak jadi ni ni " ..

Kita bakal guru hidup perlu banyak pengalaman.Nanti kat sekolah macam2 jawatan korang dapat dan bila pengalaman tu ada insyaAllah semua ringan.Kalau sekarang pun dah bagi tugas pun tak nak ,bye2 lah nak jadi guru cemerlang.tak gitu ? hehe

kesimpulan,hidup kena flexible.

peace yaw. :)

peringatan untuk diri sendiri.


ku susun 10 jari jika ada terasa hati.yelah. kata tulisan lebih tajam dari kata dari mulut.



Thursday 19 April 2012

Kelas yang Ku Sayang

Assalamualaikum...
ni khas untuk kawanku,,,
terima kasih la sebab korang support aku sbgai KK...
terima kasih jgk kpd yg bnyk mmbntu aku..
tanpa korang siapa lah aku..
pastu kan, aku nk mitak maaf pada korang yang aku buat salah,,
terutamanya kt Firuz la..hehe...
lain kali mybe aku buat lg...haha..
SmileySmiley Smiley       Smiley       Smiley     Smiley

sebelum kita bercuti kan...
apa kata kita prgi berkhemah ker,jalan2 ker, makan2 ker..sama2..
pastikan semua pergi...kecuali yg sakit kaki...haha
Smileymsti bestkan rmai2 jalan2 sama2...
pastu makan sama2...
ni boleh eratkan hubungan silaturrahim kita sekelas...
pastu boleh share2 gosip2 ker..haha
Smiley

kalau setuju...jom kita plan tarikh...^^
SmileySmileySmiley

Sunday 15 April 2012

Kelebihan!!!

aku mmg respect giler la ngn budak ni...
malu aku dibuatnya...
walaupun buta, dia tetap berusaha, dan telah berjaya...

aku mmg terpegun ngn budak ni... kelebihannya yang dia ada, jarang diperolehi oleh manusia biasa..

Seorang budak perempuan buta yang fasih dalam empat bahasa menjadi jurubahasa termuda yang bekerja di Parlimen Eropah. Kanak-kanak itu baru berusia 10 tahun.


Alexia Sloane, dari Cambridge hilang penglihatannya semasa berusia dua tahun selepas didiagnoskan menghidapi barah otak ketika bercuti di Perancis.

Walaupun cacat, budak perempuan ini cemerlang dalam bahasa. Pada usia 10 tahun dia fasih dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Mandarin. Kini Sloane sedang mempelajari bahasa Jerman.


Alexia memenuhi impiannya untuk bekerja sebagai jurubahasa selepas Ahli Parlimen Eropah Timur England, Robert Sturdy menjemputnya ke Parlimen Eropah di Brussels.

“Terdapat syarat umur minima untuk memasuki Parlimen Eropah iaitu 14 tahun. Jadi untuk Alexia menterjemah di sana pada usia 10 tahun adalah menakjubkan,” kata Isabelle, ibu kepada Alexia.

Alexia boleh bertutur dalam tiga bahasa sejak lahir kerana ibunya adalah separuh Perancis dan separuh Sepanyol manakala bapanya Richard ialah Inggeris.


“Dia sentiasa sangat bagus dalam bahasa-bahasa dan telah menunjukkan minat dari usia sangat muda,” Isabelle menambah. Ibu berkenaan juga mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun, Melissa.

Alexia pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang jurubahasa sejak berusia enam tahun dan telah dipilih untuk  ke Parlimen Eropah sebagai hadiah apabila dia memenangi Anugerah Komuniti Tahunan Pencapai Remaja.

Dia bertanya jika dia boleh mengikut jurubahasa. Ahli Parlimen Eropah Robert Sturdy kemudiannya  bersetuju untuk membawanya sekali sebagai tetamu.

Tuesday 3 April 2012

selesai sudaaaa...

msg drpd Cikgu Jamil:

YOU ARE WECOME. THE SCHOOL WOULD ALSO LIKE TO THANK ALL OF YOU FOR YOUR CONTRIBUTION TO THE SCHOOL.

penat kannnnn?? mesti ramai ni yg zzzzzzzzzzzz ptg..rsa sgt excited ad gak. rsa nak prgi lg. anyways, THANKS SEMUA. settle dh satu bnda..lpas ni prepare utk UAK plak..3 mggu g kot..btw, spa ada gmbar tu letak la kt blog ni..

that's all from meeeeeeee~ LOVE Y'ALL!

Friday 30 March 2012

Sesi Menghalau Cengkerik...

krik krik krik....
bunyi cengkerik memenuhi ruang blog ni..
sawang mula mendapat tempat..
ap da jadi ngn blog ni..
inila yang terjadi pabila sume orang bz membuat esaimen n prepare for the exam.
gud luck 4 the Rekreasi Math...
We can Do It..

n Why So Serious?
SMILE N CHILL
and your problem will fly away like a feather been flown away by wind.
hahah..ayat terabur

SEM SATU DEGREE HANYA SEKALI JE... SO ENJOY GUYS
Forget the past n Strive 4 the future

Thursday 19 January 2012

CONGRATZ!

moshi moshi!



first of all, i'd like to say CONGRATULATION to our 3 wonderful friends, Nong Nit, Maleewan and Firuz, for being awarded as the best Maths students of our batch. We're veryvery proud of you all. and CONGRATULATION too to all of us that we made it through the Foundation Year. for as long as we passed, we're good. lastly, HAPPY HOLIDAY and HAPPY CHINESE NEW YEAR to those who will be celebrating it. hope you all have a good time and good rest~ see y'all again in one week.

EDUCATION IS WHAT REMAINS WHEN AFTER ONE HAS FORGOTTEN EVERYTHING HE LEARNED AT SCHOOL.
-ALBERT EINSTEIN

see ya~

Wednesday 4 January 2012

The Journey Begins....

Salam... Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar MT1 kerana kita semua berjaya menjejakkan kaki ke alam "degree" dalam mengejar impian kita menjadi seorang guru yang berwawasan dan berINTERGRITI...

Semoga tahun baru, permulaan baru.. kita sama-sama menempa kejayaan.. yang paling penting mendapat pengalaman baru dalam hidup.. lupakan persengketaan dan kita bermula dengan langkah baharu..



wassalam...

Pages - Menu