Wednesday 30 May 2012

Seloka Untuk Semester Satu Degree :D


Selamat sejahtera pembuka bicara,
Pengikat ukhuwah sesama kita,
Jangan marah classmate semua,
Ini hanya pantun jenaka.

Terkejut, tertawa, terjuling matanya,
Membelek-belek pantun kelas kita,
Tertanya-tanya siapakah pembuatnya,
Entah la kan, dari kelas kita juga. ^_^


Puan Adilah tutor kelas kami,
Subjek matematik itulah diajari,
Setiap masalah yang kami hadapi.
Pasti diselesaikan walau rumit sekali.

Oranganya tinggi macho lagaknya,
Diam-diam banyak strateginya,
Pi 115 nombor biliknya,
Wan Muhammad Nadzri idola setiap wanita.

Firuz Izati tegas orangnya,
Tertib tingkahnya bila berjalan,
Bila ketawa bergegarlah dunia,
Bila marah diganggu jangan.

Suka menyakat dah memang hobinya,
Tak kira siapa ada saja dikacaunya,
Biarpun nakal tetapi baik hatinya,
Syed Maollana bukan sembarang orangnya.

Suka ketawa dah memang hobinya,
Nampak ceria tak kira di mana,
Sebelah cermin tempat kerusi mejanya,
Ain Hazirah comel orangnya.

Berambut pacak setiap masa,
Berbadan sasah dan baik hati,
Bab sukan tanyalah dia,
Siapa tak kenal Christy Reza macho lagi.

Manis-manis duduk bersimpuh,
Sepatah berkata berdegup jantung,
Jejaka melihat pasti terjatuh,
Siti Sarah bagaikan patung.

Berbadan sederhana tampan orangnya,
Bab pelajaran buat selamba,
Keluar result gempaklah pula,
Muhammad Shafiq mudah mesra.

Ini pula kisah seorang puteri,
Berwajah ayu molek sekali,
Menambat hati ramai lelaki,
Fadhilah Sulaiman nama diberi.

Diam-diam ubi berisi,
Sikap pendiam sukar diduga,
Walau senyap ber 'iq' tinggi,
Azrul Dzulkarnain maintain sahaja.

Maleewan puteri kayangan,
Kalau berjalan perlahan-lahan,
Mempunyai paras rupa yang menawan,
Tetapi berwaspada bila berkawan.

Duduk di kelas barisan belakang,
suka study senantiasa,
Nampak pendiam tak la juga,
Adrian Martin gitaris orangnya.

Bila tersenyum tersipu-sipu,
Bila bercerita nombor satu,
Izni Kamilah suka membantu,
Biar tepat pada tempat dan waktu.

Kudat asal tempat tinggalnya,
Datang ke mari menuntuk ilmu katanya,
Aslam Shamm nama FB nya,
Menjadi driver itulah kerjanya.

Ini dia diperkenalkan,
Seorang gadis juga sarawakian,
Alicia June nama panggilan,
Subjek BI menjadi kesukaan.

Berkaca mata bukannya buta,
Hanya rabun kedua-dua belah..hehe
Saudara Zahiri bagaikan wira,
Berwajah veteran tetapi hati cute.

Sifat pemalu sifat dirinya,
Kalau ditegur senyum sahaja,
Zurin Shena manis orangnya,
Pasal durian tanyalah dia.

Lucu orangnya dan baik hati,
Kalaulah marah jarang sekali,
Duduk di tepi seorang diri,
Lemada Selat nama diberi.

Kak Bie nama panggilannya,
Sylvia Langie nama full nya,
Orang ketawa dia buat 'de' saja,
Tak tahu apa difikirkannya.

Bila berkata semua ketawa,
Entah ilmu apa yang digunanya,
Sekejap serious sekejap gila,
Ak Hamizan itulah orangnya.

Nong Nit nama siamnya,
Top 3 dalam exam dah biasa baginya,
Suaranya halus ayu sifatnya,
Menjadi guru itulah cita-citanya.

Muhamad Nur Amin mejanya di tengah,
Ada bakat menjadi pengecara,
Bila menjawab bicaranya petah,
Siapa tak kenal maka tak cinta.

Tamatlah sudah pantun direka,
21 orang pelbagai kisah,
Sebagai tatapan untuk bersuka,
Penyeri lembaran blog kita.

Hepi Holiday. (-,-")

Pages - Menu