Sunday 12 April 2015


Sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu
sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu
sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu-sapu

Debu bertaburan merata-rata.
Kerja melambak,
Sahaja buang masa...

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi..

There so many feelings mixed up,
happy but sad,
relieved but nervous,
in the end we hope times will never end.

Goodluck for PR2.
One word to describe a teacher is preserverance.
THAT IS YOU MY FRIENDS.
P.s; Sambung buat RPH BM.. BYE2

Tuesday 25 February 2014

Apa itu Matematik

Matematik????

Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab, ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantitistrukturruang dan perubahanAhli matematikmencari pola[1][2], memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik[3].

Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematikBenjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya"[4]Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti"[5].

Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya EuclidElemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini[6].

Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadikejuruteraanperubatan dan sains sosialMatematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui[7].

Saturday 15 December 2012

#hajat gua

test test satu dua tiga.

salam sejahtera.
Peh, (belum apa2, dah peh). Lama gila blog kelas ni tak update. Jadi disebabkan kerajinan, aku update (lap2 sawang labah-labah, sarang ular dan macam lagi)

Sebelum aku merepek lebih banyak lagi, sebenarnya ya, saya mau nyampain sesuatu. Iya si, sekarangkan bulan 12 sudah, nggak lama lagi masuk tahun baru ya. Kamu tau2 aja, setiap bulannya mesti ada peristiwa yang penting berlaku..mesti ada, wajib walaupun satu(tetiba tukar jadi channel indon =,=) titik.

Eh, tukar  bahasa melayu la. Okay okay, sekarang gua serius.

Ni haa, aku cakap terus terang je, aku nak wish, ucap, selamat, happy birthday kepada tiga orang, ya tiga, bukan dua. Tapi tiga, yang lahir bulan 12. Kesian korang 3 sebab lahir hujung tahun, selalu orang lupa tappii... aku ingat. HAHAHA, hebat tak?:P

selamat hari lahir sekali lagi, yang dah bday ke, belum ke.. hepi bday ya.
semoga mencapai apa yang dihajati, sihat sejahtera, hepi2 selalu, korang baru 20, org len lama dah, cian.


ni ha tiga orang tuuuuuu 

amin, christy, nong

dah dah, jangan buat terharu plak. Banyak kenangan ngan korang tiga ni, tiga2 lain perangai but best buat kawan. ecece.. tu je la. tak tau buat ayat apa lagi. Aku undur diri dulu,chow~


p/s: post ni dibuat utk 3 org sekali sbb x ingat bday yg 2 org tu.=,= sapa suruh x letak kat fb, Jangan marah ye kawan.hehe

p/s/s: nong esok, 16 kan?hoho





Wednesday 30 May 2012

Seloka Untuk Semester Satu Degree :D


Selamat sejahtera pembuka bicara,
Pengikat ukhuwah sesama kita,
Jangan marah classmate semua,
Ini hanya pantun jenaka.

Terkejut, tertawa, terjuling matanya,
Membelek-belek pantun kelas kita,
Tertanya-tanya siapakah pembuatnya,
Entah la kan, dari kelas kita juga. ^_^


Puan Adilah tutor kelas kami,
Subjek matematik itulah diajari,
Setiap masalah yang kami hadapi.
Pasti diselesaikan walau rumit sekali.

Oranganya tinggi macho lagaknya,
Diam-diam banyak strateginya,
Pi 115 nombor biliknya,
Wan Muhammad Nadzri idola setiap wanita.

Firuz Izati tegas orangnya,
Tertib tingkahnya bila berjalan,
Bila ketawa bergegarlah dunia,
Bila marah diganggu jangan.

Suka menyakat dah memang hobinya,
Tak kira siapa ada saja dikacaunya,
Biarpun nakal tetapi baik hatinya,
Syed Maollana bukan sembarang orangnya.

Suka ketawa dah memang hobinya,
Nampak ceria tak kira di mana,
Sebelah cermin tempat kerusi mejanya,
Ain Hazirah comel orangnya.

Berambut pacak setiap masa,
Berbadan sasah dan baik hati,
Bab sukan tanyalah dia,
Siapa tak kenal Christy Reza macho lagi.

Manis-manis duduk bersimpuh,
Sepatah berkata berdegup jantung,
Jejaka melihat pasti terjatuh,
Siti Sarah bagaikan patung.

Berbadan sederhana tampan orangnya,
Bab pelajaran buat selamba,
Keluar result gempaklah pula,
Muhammad Shafiq mudah mesra.

Ini pula kisah seorang puteri,
Berwajah ayu molek sekali,
Menambat hati ramai lelaki,
Fadhilah Sulaiman nama diberi.

Diam-diam ubi berisi,
Sikap pendiam sukar diduga,
Walau senyap ber 'iq' tinggi,
Azrul Dzulkarnain maintain sahaja.

Maleewan puteri kayangan,
Kalau berjalan perlahan-lahan,
Mempunyai paras rupa yang menawan,
Tetapi berwaspada bila berkawan.

Duduk di kelas barisan belakang,
suka study senantiasa,
Nampak pendiam tak la juga,
Adrian Martin gitaris orangnya.

Bila tersenyum tersipu-sipu,
Bila bercerita nombor satu,
Izni Kamilah suka membantu,
Biar tepat pada tempat dan waktu.

Kudat asal tempat tinggalnya,
Datang ke mari menuntuk ilmu katanya,
Aslam Shamm nama FB nya,
Menjadi driver itulah kerjanya.

Ini dia diperkenalkan,
Seorang gadis juga sarawakian,
Alicia June nama panggilan,
Subjek BI menjadi kesukaan.

Berkaca mata bukannya buta,
Hanya rabun kedua-dua belah..hehe
Saudara Zahiri bagaikan wira,
Berwajah veteran tetapi hati cute.

Sifat pemalu sifat dirinya,
Kalau ditegur senyum sahaja,
Zurin Shena manis orangnya,
Pasal durian tanyalah dia.

Lucu orangnya dan baik hati,
Kalaulah marah jarang sekali,
Duduk di tepi seorang diri,
Lemada Selat nama diberi.

Kak Bie nama panggilannya,
Sylvia Langie nama full nya,
Orang ketawa dia buat 'de' saja,
Tak tahu apa difikirkannya.

Bila berkata semua ketawa,
Entah ilmu apa yang digunanya,
Sekejap serious sekejap gila,
Ak Hamizan itulah orangnya.

Nong Nit nama siamnya,
Top 3 dalam exam dah biasa baginya,
Suaranya halus ayu sifatnya,
Menjadi guru itulah cita-citanya.

Muhamad Nur Amin mejanya di tengah,
Ada bakat menjadi pengecara,
Bila menjawab bicaranya petah,
Siapa tak kenal maka tak cinta.

Tamatlah sudah pantun direka,
21 orang pelbagai kisah,
Sebagai tatapan untuk bersuka,
Penyeri lembaran blog kita.

Hepi Holiday. (-,-")

Pages - Menu